PANTUN MELAYU SANGAT MENAWAN TU.....
pantun-pantun ni. Mungkin ada kan, tapi susahlah sikit nak jumpa pada
zaman sekarang ni. Kalau zaman dahulu bukan setakat pasangan kekasih jer
main balas-balas pantun, nak bertumbuk bergaduh pun berbalas pantun.
Kira pantun boleh lah nak katakan menyentuh seluruh aspek kehidupan
orang Melayu dahulu sebab dengan pantun dijadikan alat komunikasi.
Pantun juga menggambarkan minda orang Melayu, betapa tingginya minda
orang melayu pada zaman dahulu kalau nak bandingkan dengan sekarang ni.
Baiklah, kat bawah ni disenaraikan pantun melayu yang agak jiwang juga.
Layan…
Layang-layang di atas bukit,
Kayu tengar dari seberang;
Cinta abang bukan sedikit,
Racun penawar sayang seorang.
Lipat baju lipatnya kain,
Bawa belayar tanah seberang;
Hati tiada pada yang lain,
Hati teringat awak seorang.
Burung serindit dalam perahu,
Bunga bayam di dalam dulang;
Hati adik merasa rindu,
Kerana berjauhan dengan abang.
Sayang di rimba tumbuhnya rotan,
Tumbuh menjalar di luar kota;
Siang malam jadi sebutan,
Adinda seorang hanya ku cinta
Kalau tuan pandai menyurat,
Suratkan saya kertas biru;
Kalau tuan pandai mengubat,
Ubatkan saya penyakit rindu.
Tiup api jerang belanga,
Hendak mengulai kepala kurau;
Abang pergi janganlah lama,
Tiada teman hendak bergurau.
Duduk beralih hadap ke hulu,
Angin ribut makin menderu;
Tidak boleh disebut selalu,
Makin disebut makin merindu.
Orang Jepun melukis peta,
Peta orang melawan naga;
Biarpun karam bumi yang rata,
awak seorang dinanti juga.
Itu antara pantun melayu yang sebenar, agak jiwang la juga dan boleh
gunakan untuk eratkan lagi hubungan dengan pasangan yang dicintai.
Rasanya cukuplah setakat ini dulu, kita sudahkan artikel ini dengan
serangkap pantun (pantun melayu juga).
Anak ayam sedang berjalan,
Berjalan menuju ke perigi;
Salah silap harap maafkan,
Semoga kita berjumpa lagi.